Tuesday, November 11, 2008

Melayu Oh Melayu

Walau apa pun yang diperdebatkan pada masa kini adakah ia sebenarnya boleh mengubah identiti pemikiran, budaya, perlakuan dan mana, apa, bagaimana, di mana Melayu itu sebenarnya.
Walau apa pun yang dijuangkan, adakah ianya sebenar-benarnya meninggalkan kesan kepada budayawan politisme melayu.
Walau apa yang diperkatakan adakah ianya dapat memperbesarkan imperialisme Melayu dalam gagasan agenda politisme pemikiran dan perjuangan Melayu.
Pun hakikatnya hanya golongan pendatang atau imigran yang dijemput hadir dakwaan untuk memperkasakan ekonomi Tanah Melayu pada kurun ke 18 itulah sebenarnya mengaut untung dek persis perlagaan bangsa Melayu.
Apa bangsa kita ? Kalau dahulu Kesultanan Melayu Melaka adalah empayar, adakah melayu itu diiktiraf kerana adanya campurtangan imperialis asing ?TIADA... hanyalah Islam sebagai pegangan dan Bangsa berdaulat, Budi Bahasa Melayu Pengulu Bicara.
Kita harus menerima hakikat bahawa Melayu itu telah mengalami perpecahan kerana egois daripada mereka yang hanya melihat tamsil angganan yang kini jelas telah menikam bangsa. Kita harus menerima hakikat bahawa kita telah banyak kehilangan darah, kehilangan material, kehilangan maruah, kehilangan tanah dan banyak telah kehilangan selama mana sebelum dan selepas. Melayu masih belum merdeka !!! Melayu merdeka kerana anugerah kemerdekaan itu TAPI merdeka minda dan spiritual batiniah masih lagi dijajah dari dalam diri mereka sendiri. Sekejap mahu jadi Hang Tuah, sekejap mahu jadi Hang Jebat, Sekejap mahu jadi apa lagi? Tapi yang pasti hanya watak Si Kitul saja yang mandaliar dalam lubuk hati dan itu yang ditajali dalam hidup harian.
Hey Melayu !!!! sedarlah masa makin suntuk, jalan masih jauh bagi mereka yang kini dibawah ketiak, digendongan, di buaian di sekolah dan di mana-mana. Jangan kerana dek persepsi ingin menjadi Jebat atau Tuah maka kita hilang segalanya kerana beruk dihutan sudah melempar susu yang diberi masih tak sedar lagi.
Apa lagi waimah Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussain Onn, Tun Mahathir dan Pak Lah selepas ini Najib mereka hanya sebagai aktivis memperjuangkan hak melayu mereka banyak berjuang mempertahankan melayu apa yang penting mereka juga melayu, mereka juga manusia, mereka juga macam kita hanya dahan yang diduduki tinggi tapi mereka juga di sekitar pokok, yang melayu kebanyakkan ini yang duduk di dahan pokok di bawah pokok sedikit sebanyak haruslah bersyukur dan jerit-jeritlah yang di atas supaya memetik buah yang lebih sedap dan ramai-ramailah sambut buah yang sedap itu agar tidak rosak dan enak dimakan. Tapi melayu kebanyakkan tak sabar tetap juga mahu menjolok, menebang dahan yang banyak buah itu tapi banyak yang terkorban kerana itu, Ya buahnya pasti banyakkan tapi ruang teduhan makin berkurangan sedarkah kita...?? TIDAK JUGA......OLEH ITU SEDARLAH MELAYU.